" AHNS "

The AlNoursyaa


What Goes Around Come Around!
Begin my new life without you..



Termenung..}
div class="h2">Thursday 4 June 2015 | Thursday, June 04, 2015 | 0Comment

Aku toleh...
Jauh sungguh perjalanan ini,
         
Allah telah aturkan...
Dihujung sana aku terjatuh, terluka,
Menunggu ada yang datang menghulurkan ubat,
         
Aku ketawa sendiri...
Sudahlah jatuh, tapi masih mahu menunggu datangnya ubat..
         
Aku ini sudah lupakah?
Pada namanya ' takdir '...
Aku ini sudah lupakah?
' Qada dan Qadar ' Allah...
         
Astaghfirullah... 
Malu aku pada Pencipta tidak terkira,
Setiap hari bertemu dosa,
Tapi masih menadah tapak mahu diberi pahala...
         
Malu sungguh... 
Selagi aku tak faham akan keduniaan,
Bagaimana aku nak kecapi syurga?....